
hai sume....chat x??? hari nie ade sedikit perkongsian yg boleh kita ambil...
hehe....
tengs tu tie ( my housemate ) sebb da memberi inspirasi untk ena menulis entry ini...
kate tie....kalau kite menunaikan solat...seharusnya kita mestilah memahami bacaan di dalam solat tersebut....bru la kite akan khusuk dan memahami makna bacaan dengan lebih sempurna..
indahnyaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jom kite bace sesame k....
1.) ALLAHU AKBAR
Allah Maha Besar.
2.) DOA IFTITAH
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan bukan daripada golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku daripada golongan oran Islam.
3.) AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka. Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
4.) BACAAN KETIKA RUKUK
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan segala puji-pujiannya.
5.) BACAAN KETIKA BANGUN DARIPADA RUKUK
Allah mendengan pujian orang yang memujinya
6.) BACAAN KETIKA IKTIDAL
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
7.) BACAAN KETIKA SUJUD
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya
8.) BACAAN KETIKA DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
9.) BACAAN KETIKA TAHIYAT AWAL
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
10.) BACAAN KETIKA TAHIYAT AKHIR
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
11.) DOA QUNUT
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpim. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engakau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, Ya Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Hanya engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahaba-sahabatnya.
" Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu.....kami hambayang mengharap belas darimu. "Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa...ampunkan dosa-dosa kami..kedua ibu-bapa kami...dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."
Amin..
Amin..
ena
8.58pm...
21 Dec 2011
8.58pm...
21 Dec 2011
No comments:
Post a Comment