Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang mengandungi pelembap. Cucilah dengan cara yang betul supaya rambut tidak berminyak. Hindari mencuci rambut setiap hari, memedai bersyampu dua atau tiga hari sekali. Minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala mampu menjaga agar rambut kekal lembap dan menghindari kekusutan.
Keringkan rambut dengan cara yang betul
Untuk menjaga rambut jenis ikal mahupun kerinting secara semulajadi, aplikasikan styling lotion pada rambut yang masih lembap setelah bersyampu dan biarkan sehingga kering. Hindari menyentuh rambut anda kerana ia akan menyebabkan rambut mudah mengembang. Jika anda ingin membuat rambut nampak lurus, ketika mengeringkan rambut, halakan muncung pengering rambut ke bahagian hujung rambut. Jangan menghalakannya ke atas kerana akan menyebabkan rambut mengembang.
Sapu mintak jika perlu
Sapuan minyak mambantu mengatasi masalah rambut kusut. Antara minyak rawatan rambut yang boleh anda gunakan termasuklah minyak jojoba iaitu dua kali seminggu. Ambil kira-kira satu sudu makan minyak jojoba dan sapukan pada rambut yang kering dengan tangan. Lali sikat perlahan-lahan rambut dan biarkan selama sepuluh minit sebelum dicuci seperti biasa
Potong rambut ikut kesesuaian
Hindari membuat layer terlalu banyak kerana ini akan menyebabkan rambut nampak pendek dan tidak rapi. Jika rambut anda ikal atau kerinting selain nampak semakin mengembang.
No comments:
Post a Comment